Friday, February 24, 2012

aku perlukan paksaan untuk semua ini

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


 ASSALAMUALAIKUM



“Maafkan saya kerana menganggu Cik Lisa.Ini ada pesanan bunga dari......”

“Dari tuan awak yang sewel tu?”

Belum sempat penghantar bunga itu menghabiskan ayatnya aku sudah memotong terlebih dahulu.Sakit betul hati ini.

“Dah berapa kali saya cakap.Siap pesan lagi pada awak.Tolong bagitahu tuan awak cukup-cukuplah hantar bunga.Saya dah muak dengan semua bunga-bunga ni.Atau awak nak saya laporkan pada polis sebab menganggu privasi hidup saya?"

"Awak orang melayu kan?Nak kata kulit gelap tak adalah sangat.Putih pun tidak.Memang melayu lah.Tapi kenapa tak faham-faham?Masalah!”

Penghantar bunga tersebut tersenyum mendengar rungutan ku atau lebih tepat bebelan ku.Tak ada perasaan ke apa?Sama sahaja dengan tuannya yang sewel.Cakap sejuta kali pun tak dengar dan tak faham.Tension betul.

“Cik Lisa,tak payah susah hati.Ambil saja bunga ni.By the way,hari ini special sikit pesanan dari tuan saya.Cik Lisa pegang bunga ni.Sekejap ey..”

Ya Allah apa lagi yang mamat ni nak buat.Tak cukup dengan bunga nak ditambah lagi dengan bala lain.Sabar je lah.

“Baby I love you and I'll never let you go.But if I have to girl I think that you should know.All the love we made can never be erased.And I promise you that you will never be replaced....”

Subhanallah.Aish!!!

“Hey..dah-dah...cukup menyanyi.Awak tak malu ke?Ya Allah..apa semua ni?Awak keluar sekarang!Saya ada banyak kerja yang nak disiapkan.”

Aku bangun dari duduk ku dan menolak nya keluar dari ruangan pejabat ku.Malu.Semua mata memandang aku.Ada yang memandang pelik dan ada yang tersenyum-senyum memandang ku.Haiqal betul-betul melampau.Kenapa dia buat semua ni?

“Saya belum habis nyanyi lagi cik...Baby I love you and I'll never let you go.But if I have to girl I think that you should know.The love we made can never be erased..”

“I said go!!” Ku ambil jambangan bunga tadi dan membaling kearah budak penghantar bunga itu.

“Baby I love you and I'll never let you go.But if I have to girl I think that you should know
The love we made can never be erased.And I promise you that you will never be replaced.”

Budak itu masih berkeras dengan tugasannya.Walaupun teruk dihalau oleh ku mulutnya masih menyanyi-nyaynyi lagu tersebut.Malu nya aku.Setelah dia keluar dari pejabat ku,aku mengembuskan nafas lega.Bingit dengan nyanyian sumbang tadi.Aku melangkah untuk pulang ke tempat ku.

“Wah...sekarang bukan bunga lagi..dengan lagu-lagunya sekali.Memang jadi pentas nyanyian la ofis kita nanti.Tak gitu Lisa?”

Kamal selaku teman sepejabatku menyindir ku.Kedengaran rakan-rakan yang lain menyahut teguran Kamal dengan gelak ketawa.Panas nya telinga aku.Tahap didih dah nak sampai 100 darjah celcius ni.Kalau letak telur kat kepala aku mesti masak.Tak payah nak tunggu-tunggu.Letak je terus masak.

Aku tahu niat Kamal tadi hanya ingin bergurau.Semua staf di pejabat ini juga tahu yang aku sering diganggu dengan bunga-bunga yang tiada hentinya setiap hari.Sehinggakan mereka sudah kalis dan terbiasa.Tetapi kelainan yang dibawa oleh budak penghantar bunga itu sekali lagi memancing minat mereka untuk menyindirku atau dengan lebih tepat ingin mengusik ku.Menyindir??Itu macam kejam sangat.Haa...mengusik.Itu lebih tepat.

“Kau jangan nak mengada-ngada.Aku karate karang baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah,ayam tu berkokok ke mengembek.Dah pergi buat kerja kau.Sibuk je.” Aku berlalu sambil menjelirkan lidah ku yang tak berapa pendek ni kepada Kamal.

Kamal hanya tersengih melihat kelakuan kebudak-budakan ku.Ada aku kisah?Dah memang perangai aku macam ni.Panjang dengan Belon pun selalu cakap aku macam budak-budak.Tapi aku tak hairan pun.Aku bukan susah kan hidup dia orang.Diri aku ikut suka hati aku lah.

***

“Belon,malam ni nak masak apa?Aku dah muak makan nasi goreng.Kau masak lah pula benda lain.Asyik nasi goreng dengan ayam je.Bila aku nak kurus?Ayam itu mengemukkan tau?”

Aku tersengih memandang Nini.Setelah pulang kerja petang tadi aku mengambil Nini di pejabatnya.Kami memang dari awal lagi memang bercadang untuk ke super market untuk membeli barang basahan untuk memasak malam ni.Sebut pasal masak,bukan aku yang masak.Aku hanya tolong pandang sahaja.Tak pun tolong potongkan apa yang patut.

Serius aku tak pandai bab-bab memasak ni.Nini memang pakar.Siap bole reka-reka lagi.Kalau reka tak sedap tak apa.Aku boleh tolong gelak dan kutuk tapi yang dia reka tu best masalahnya.Tak dapat aku nak gelak.Kalau tak,mahu dia bagi aku makan.Hampeh betul.Bukannya Nini tak mahu mengajar aku cara-cara nak masak ni tapi aku liat sikit.Aku suka makan sahaja masak perkara yang terakhir sekali aku fikir.

Petang tadi buat pertama kalinya setelah dua minggu kebelakangan ini aku merasa bebas!Budak penghantar bunga tu tak ada kat lobi pejabat menunggu aku dan menyerahkan jambangan yang seterusnya.Agaknya gerun dengan sikap aku tengahari tadi kali?Biarlah.Kalau dengan cara itu dapat buat dia lari dan berhenti daripada menganggu aku aku rela buat tiap-tiap hati.

Tapi memandangkan si Haiqal sewel tu seorang yang nekad,aku yakin kalau budak penghantar bunga tadi bersara pasti ada pengganti yang lain.Alhamdulillah tak ada.Bebas gila!

“Hah...berangan je kerja kau.Tengah beli sayur pun boleh berangan.Aku tak tahu lah macam mana mak mertua kau boleh terima menantu macam kau ni nanti.Tak ada kerja lain, kalau ada masa terluang.Even sesaat pun kau nak juga berangan.Pelik betul.”

“Alah belon..berangan tu F.O.C.Rugi kalau tak gunakannya.Dahlah dapat menenangkan jiwa dan raga.Dapat fikir apa yang kita suka.Kau apa tahu?Aku suruh cuba kau cakap buang masa.Mana ada buang masa.Tengok masa aku tak terbuang pun.Sempat je bercakap dengan kau.Hehehe.”

Nini  memandang geram pada ku.Mencerlung matanya memandang ku.Tak takut pun.Setakat mata macam tu,mata aku lagi power.Dah lah sepet nak lawan aku konon.Kalau dia tahu apa yang aku fikir sekarang ni ada juga arwah aku hari ni.

“Kau nak masak apa hari ni Belon?” Sengaja aku tukarkan topik.Risau juga aku kena tibai dengan Belon ni.

“Masak tengkorak lauk asam pedas.Haa..tengkorak tu tengkorak kau lah.Ajak si Panjang makan.Konferem berselera mamat tu.Sebulan tak makan makanan lain.Sengal betul minah ni.Kita tegur, dia membebel pasal tah apa-apa.Mok..aku nak tanya ni.Jawap dengan jujur.Jangan tipu-tipu.”

Aku kehairanan.Kenapa pula minah ni?

“Tanyalah.InsyaAllah.......aku....tipu....”

“Hey..serius lah.Aku betul-betul nak tanya ni.” Nini sudah bengang dengan tingkahku.Bengang??Padan muka.

“Tanya lah.Tu pun susah ka??Ha..tanya-tanya.Kalau soalan tak mencabar jaga kau.Aku masak tengkorak kau pula.Tapi aku tak reti masak.Haa tak pe aku bakar je.Jadi tengkorak bakar.Tanyalah cepat!”

“F.O.C uh ape??”

Aku dah agak dah.Cakap aku sengal rupanya dia lagi sengal.Ni kalau kantoi pun mesti dia percaya.

“F.O.C. tu sejenis kuih yang berwarna hijau.Dia berlapis-lapis.Sedap.Kau penah cuba?Tapi bukan kuih lapis au.” 

Aku bersungguh-sungguh menjelaskan pada Nini.Aku yakin sangat yang dia akan percaya.Jom kita tengok hasilnya.Tapi belum sempat Nini membalas kata-kata ku tiba-tiba kedengaran suatu pengumuman dari corong pembesar suara supermarket yang menempatkan aku dan Nini sekarang.


p/s : 
aku ada niat nak sambung cerita ni , kalau korang pon ada niat nak baca email aku ya sebab aku rasa aku perlukan paksaan untuk siapkan cerita ni..untuk pengetahuan korang cerita ni aku hentikan penulisannya sejak tahun lepas dan sejauh mana penulisan aku ni ? 109 muka surat untuk A4 paper  , size 11 font calibri body dan dah 42,075 perkataan telah aku tulis dan telah 17 episod aku post kan di note facebook aku..jauh kan perjalanan ? tapi aku tak tahu kenapa aku tak sambung..tolong paksa aku..:)